Monday 31 December 2012

Tanyalah Ustaz

               "Anda bertanya ustaz Azhar Idrus yang menjawab berkenaan permasalahn semasa."

  Tajuk dekat atas tu sebenarnya tajuk buku yang aku beli. (PTS  ISLAMIKA SDN. BHD)
  okay diantara soalan yang terdapat dalam buku ni :


AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT

Soalan~
           Saya pernah tersalah azan awal dari waktu  sebenarnya iaitu terawal 10 minit, adakah saya
            perlu azan semula ataupun memadai dengan iqamah sahaja?

Jawapan~
           Sekiranya tersalah azan sebelum masuk waktu solat fardhu,azan itu tidak sah. Sunat diulang azan itu               
           apabila masuk waktu.

TEMPAT NIAT SOLAT

Soalan~
           Bilakah waktu niat solat perlu disertakan ketika mahu bersolat?

Jawapan~
           Niat solat perlu hadir dalam hati ketika mengucapkan takbir iaitu ketika menyebut 'Allahu Akbar'

MEMEJAMKAN MATA KETIKA SOLAT

Soalan~ 
          Apakah hukumnya sekiranya menutup mata ketika solat?

Jawapan ~
         Menurut pendapat majoriti sarjana fikah, sunat membuka mata dan melihat tempat sujud ketika solat.
         Tetapi,sekiranya dengan memjamkan mata ia berasa lebih khusyuk,maka tidak menjadi kesalahan     
         memejamkan mata kerana yang lebih penting ia khusyuk dalam solat itu.

KERAP TERTINGGAL SOLAT SUBUH

Soalan~
       Saya selalu tertinggal solat subuh kerana susah bangun pagi walaupun bangun pagi walaupun sudah 
       mengunci jam. tetapi saya boleh pula bangun pada jam 10.00,11.00, ataupun 12.00 tengah hari sebelum 
       zohor.
       Persoalannya,bolehkah saya mengerjakan solat subuh sebaik sahaja bangun tidur? Adakah saya perlu  
       berniat solat qada?

Jawapan~ 
      Seseorang yang meninggalkan solat dengan tidak sengaja seperti tidur ataupun terlupa,wajib digantikan 
      solat itu dan dikira tidak berdosa sebagaimana meninggalkan solat dengan sengaja.
      Menurut pendapat yang masyhur dalam kalangan sarjana fikah mazhab Syafie,tidak wajib meniatkan 
      qada,tetapi memadai dengan niat menunaikan soalt subuh seperti biasa


Ni  sedikit antara persoalan dan jawapan dari UAI. Semoga dapat manfaat dari apa yang dibaca. kalau rajin continue lain hari ;) 

Thursday 27 December 2012

Solat Ganti



           kali ni nak cerita mengenai solat ganti/solat qada.untuk pengetahuan aku dan korang,SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada tau. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.


Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.



Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.



Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.



Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).


Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.



Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).



Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).



Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.



Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).



Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.



Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.



Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


niat : sama sahaja dengan solat wajib cuma tukar "adaan' kepada 'qadaan"

                                       semoga Allah menerima ibadah Kita semu.
                                                                       selamat beribadah^^





sumber : halaqah.net. ili aisyah.soal jawab

Tuesday 4 December 2012

Al falaq (Waktu subuh)

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

Allah pelindung dari segala kejahatan

'Katakanlah : 'Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh.

Dari kejahatan mahlukNya

Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita

Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan

Dan dari kejahatan orang yang dengki'. (Surah al falaq, surah ke -113 : 5 ayat)


Secara ringkasnya
          Surah ini memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari segala kejahatan.