Sunday 26 February 2012

cantik





MasyaAllah cantik Alquran ni :) macam rainbow dah..nak beli.. tapi kawan cakap ada jual dekat indon je.hurmm
 harap satu hari nanti aku dapat juga gengam al-quran ni.. aminn


INGAT PESANAN NI
Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah. Ketika pundak tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan mendekatlah padaNYA. Agar tunduk disaat yang lain angkuh. Agar teguh disaat yang lain runtuh. Agar tegar disaat yang lain terlempar.

Saturday 25 February 2012

Fadhilat surah ALFatihah

ALFATIHAH~

 kalau anda tak dapat hafal surah alfatihah ni jugak. cuba tanya diri sendiri. islam ke kita??

Okay. Ini Adalah surah pertama daripada 114 surah yang terdapat dalam kitabullah,iaitu kitab suci Al-Quran ul-karim. Ia terdiri daripada 7 ayat yang diturunkan di Mekkah,digelarkan juga Ummul-Quran atau ibu Al-Quran.
Nama lain. disebut Ummmu-kitab iaitu kitab suci.

 terus kepada fadhilat ape yg kita dapat okay =)


  1. PENERANG HATI
    -macam mana nak terangkan hati kita supaya mudah dapat ilmu?
     Amalkan  membaca surah ini sebanyak 70 kali dalam keadaan berwudhuk dan pada setiap kali selesai hendaklah ditiup ke air minum. minum lah air tu 7 hari berturut turut. insyaAllah hati menjadi terang dan mudahlah mendapat ilmu.


  2. DIMURAHKAN REZEKI
    Amalkan membaca surah ni sebanyak 20 kali pada setiap selesai solat fardhu. insyaAllah dikurniakn kemudahan rezeki, kenaikan pangkat atau darjat yang baik di mata masyarakat dan bertambah mutu ahlak.


  3. DIHINDARI KESULITAN
    amalkan membaca sebanyak 40 kali semasa makan sahur. insyaAllah dihindarkan segala kesulitan yg lalu dan dibukakan pintu rezeki ^_^


  4. MEMOHON HAJAT
    Amalkan membaca sebanyak 41 kali selepas solat maghrib dan solat sunatnya. untuk memohon hajat yang baik..


  5. MENYEMBUH PENYAKIT
    Amalkan membaca surah ini sebanyak 41 kali juga ketika mengubati sakit gigi,sakit perut,sakit mata dan sebagainya


  6. SELAMAT DARPADA BENCANA& GANGGUAN
    Sebelum tidur baca lah surah ini diikuti surah Al Ikhlas dan surah AlFalaq juga surah Al Nas. 


  7. MENGUBATI SAKIT MATA
    Baca sebanyak 40 kali pada sebelum subuh dan solat fardhu subuh. Sapukan dengan liur ke bahagian yang sakit,sebelum membaca surah tersebut.


    Ni je yang dapat saya coretkan nak lebih info beli la buku '30 surah pilihan
    susunan :HAJI MOHD SABRI IBRAHIM
SELAMAT BERIBADAH (^_^) Assalammualaikum.~

Wednesday 22 February 2012

BAikKAH KITA?


kita mahu menjadi baik tetapi dimana kesungguhan kita  untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.
Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. :)

Wednesday 15 February 2012

PRACTICAL OH PRACTICAL

 ASSALAMMUALAIKUM..



 dah lame aku tak update blog.. dah nak dekat 3 bulan ak practical baru nak dok cerita?
 kemalasan aku menjadi jadi sejak dok umah macm syurga ni.. hehe
 sumanya mak yang buat.. OMG! ape nak jadi ntah ngan aku ni.. name je anak dare! ;p


okay2.. actually tajuk utama ak nak cter pasal practical aku nih..

                          boss ak CINA MUSLIM. BAIK.. KUAT BAGI CERAMOH.. KUAT BACE
                      HATI AKU.. HOHO!


okay... setiap kali aku masuk bilik dia je.. ade la.. macam2 dia dok sebut.. aku tanya A.. die JAWAB A UNTIL Z! setiap kali masuk bilik dia memang x sah 1 jam! x pun paling lame 2 jam!

yang x boleh tahan.. dia perhatikan cara aku.. antara yg dia penah tegur aku

NAPE AWAK SUKA TARIK NAFAS SETIAP KALI NAK JUMPE SAYA? AWAK ADA SAKIT APE2 KE?
 lepas dia tegur aku try care ak x bernafas depan2 dia.. haha.. TAPI...die tegur lagi


NAPE AWAK TAK DUDUK DIAM? AWAK TAKUT NGAN SAYE KE?TAKUT SY MARAH KERJA AWK SALAH?
dalam hati aku.. (boss saye sbnarnya x degar apa yg boss cakap! sebb tu sy tak reti dok diam.. takut pun ade gak! hehe.. SUARA BOSS PELAHAN SAGT LA!


                                     NEXT


NABILAH NAME MATE AWK TERKELIP2 BILA SY CAKAP NGAN AWK?
( DALAM HATI AK.. dah boss cakap pastu boss suka gelak.. macm mane lah mate sy tak terkebil kebil..)

lepas banyk kena tegur aku try ubah sikap2 aku tu bila berhadapan dengan dia..
btw, dia seorang akauntan cukup hebat! baik hati! xpenah nak marah2.. x kedekut ilmu tu yang paling bagus..


harap aku dapt habiskan praktikal ni dengan jayanya.. aminn

OKBYE