Friday, 15 February 2013

Classmate


keluar ramai2 dengan bebudak class. 

destinasi ?

Sogo 

Bukit Jalil, Kedai Makan ana (makan free ^^)

Midvelly

MPH

Bandar Tasik Selatan 

Putrajaya








HANYA SEKADAR GAMBAR~.

dapat jugak buku ni :)







Hari bahagia Sahabatku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Al-kisah seorang sahabat aku  bekawan dari tadika, sekolah rendah until menengah sudah pun mendirikan rumah tangga. Ingat lagi aku dengan dia semua benda buat bersama. Mandi,tidur,belajar, pergi sekolah sama2,bergaduh tarik2 tudung (hehe),kawan bermain,kawn tempat luahkan perasaan haa  banyak terkata lah. Family dia dengan family aku lagipun kamcing. n dia pun panggil parents aku dengan gelaran 'mak ayah.'
Dia ni jugalah yang pernah ajar aku naik motor dan aku ni jugak la yang buat dia jatuh motor sampai dia kena hantar  hospital sg buloh. -.- aku yg tak berapa teruk join naik ambulans pergi hospital. Actually dia pun tak teruk jugak. tapi dia pengsan after tengok darah dia sendiri.. hahaha *opss tergelak besar pulak. hehe. bila ingat balik kelakar la pulak :) lepas dari jatuh motor tu memang tak la aku nak naik motor  lagi.

Seminggu sebelum dia nak nikah aku excited gila nak jumpa dia. yela lepas SPM kami memang jarang dapat jumpa.tambah pulak aku ni dah pindah dekat tasek puteri. Hurm balik dari poli 7 februari aku terus menuju rumah dia dekat batu arang. Cadangan aku nak tidur rumah dia 8 Februari tapi memandangkan family aku tiada di rumah so aku pun berkampung la dekat rumah dia malam jumaat tu. Nasib ada si Aimi K cuti datang ambil aku memalam tu. tq:)


 cik Aimi Karim

8 Februari sebelum nikah aku tolong la apa yang patut. herm (tolong makan) hikhik. sambil tu kacau2 budak2 yang lalu lalang dekat situ. haih geram aku tengok bebudak. rasa nak gomol2 je dorang2 tu. huhu. ikutkan badan memang penat + mengantuk.bayangkan balik dari class terus naik bus yang makan mase 7 jam tu. dalam bus tak dapat tidur. sampai rumah mira tidur pukul 2 pagi. seronok punya pasal. and then esoknya lepas subuh tak tidur2 actually aku mengantuk gila plus lenguh2 badan. tapi pura pura kuat. huhu. yela bukan selalu dapat tolong kawan aku ni kan. kerana dia aku sanggup ecewah..

ni salah seorang budak yg dapat aku tangkap yg dok situ. hihi.

ish3 anak sape ni.

pemilik selendang  di atas. Dikno :)  (adik mira)

okay. lepas solat jumaat Ku Nor Umira bt Ku Azhar dengan sekali lafaz sah jadi isteri orang. sob sob..
(aku pulak yg macam tak percaya. ish3) dah bergelar puan so tak boleh la nak join dengan kami2 yang 'cik' lagi ni kan. hehe.. wuhuu syok uh kahwin muda. aku bila lagi .ulang 2X . haha. Dia di jodohkan dengan seorang guru agama yang dikenali dalam train. Haha. macam filem hindustan pertemuan mereka*jodoh jodoh 

alhamdulillah

Akad nikah yang bertempat di Masjid Jamek Bt Arang

Kawan kawan yang datang :

Me,Aimi K, Aimi Z n Zalinur

ada lagi yang datang tapi gambar tak ada kat aku pulak. hihi

9 februari walimah mira. *ambik berkat dlm bilik pengantin. hakhak

Geng bus sekolah. Haha
munirah & fazlin ( lepas ni dorang pulak yang nak kahwin. #eh) :P
kawan2 yang jauh susah dapat jumpa ni. huhu
with kaknyah

sahabat yg kini tinggalkan aku di perak. tunggu turn aku pulak ye kesane :) *gambar blur

 Aimi Zainuddn :)


: Doaku buatmu sahabat. Semoga kebahagian rumah tangga kamu kekal hingga ke syurga. :

ketemui lagi sahabat2 ku. 

MAASALAMAH