Monday 31 December 2012

Tanyalah Ustaz

               "Anda bertanya ustaz Azhar Idrus yang menjawab berkenaan permasalahn semasa."

  Tajuk dekat atas tu sebenarnya tajuk buku yang aku beli. (PTS  ISLAMIKA SDN. BHD)
  okay diantara soalan yang terdapat dalam buku ni :


AZAN SEBELUM MASUK WAKTU SOLAT

Soalan~
           Saya pernah tersalah azan awal dari waktu  sebenarnya iaitu terawal 10 minit, adakah saya
            perlu azan semula ataupun memadai dengan iqamah sahaja?

Jawapan~
           Sekiranya tersalah azan sebelum masuk waktu solat fardhu,azan itu tidak sah. Sunat diulang azan itu               
           apabila masuk waktu.

TEMPAT NIAT SOLAT

Soalan~
           Bilakah waktu niat solat perlu disertakan ketika mahu bersolat?

Jawapan~
           Niat solat perlu hadir dalam hati ketika mengucapkan takbir iaitu ketika menyebut 'Allahu Akbar'

MEMEJAMKAN MATA KETIKA SOLAT

Soalan~ 
          Apakah hukumnya sekiranya menutup mata ketika solat?

Jawapan ~
         Menurut pendapat majoriti sarjana fikah, sunat membuka mata dan melihat tempat sujud ketika solat.
         Tetapi,sekiranya dengan memjamkan mata ia berasa lebih khusyuk,maka tidak menjadi kesalahan     
         memejamkan mata kerana yang lebih penting ia khusyuk dalam solat itu.

KERAP TERTINGGAL SOLAT SUBUH

Soalan~
       Saya selalu tertinggal solat subuh kerana susah bangun pagi walaupun bangun pagi walaupun sudah 
       mengunci jam. tetapi saya boleh pula bangun pada jam 10.00,11.00, ataupun 12.00 tengah hari sebelum 
       zohor.
       Persoalannya,bolehkah saya mengerjakan solat subuh sebaik sahaja bangun tidur? Adakah saya perlu  
       berniat solat qada?

Jawapan~ 
      Seseorang yang meninggalkan solat dengan tidak sengaja seperti tidur ataupun terlupa,wajib digantikan 
      solat itu dan dikira tidak berdosa sebagaimana meninggalkan solat dengan sengaja.
      Menurut pendapat yang masyhur dalam kalangan sarjana fikah mazhab Syafie,tidak wajib meniatkan 
      qada,tetapi memadai dengan niat menunaikan soalt subuh seperti biasa


Ni  sedikit antara persoalan dan jawapan dari UAI. Semoga dapat manfaat dari apa yang dibaca. kalau rajin continue lain hari ;) 

Thursday 27 December 2012

Solat Ganti



           kali ni nak cerita mengenai solat ganti/solat qada.untuk pengetahuan aku dan korang,SOLAT fardu yang tertinggal wajib diqada tau. Ulama membahagikan qada solat kepada dua jenis. Yang pertama qada solat bagi mereka yang tertinggal solat dengan keuzuran. Yang kedua qada solat bagi mereka yang tertinggal tanpa keuzuran.


Para ulama fikah dalam mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah, al-Hanafiyyah dan al-Hanabilah sepakat mewajibkan bersegera dalam mengqada solat wajib yang tertinggal tanpa keuzuran. Ini kerana meninggalkan solat tanpa keuzuran syarak adalah berdosa. Maka bertaubat daripada dosa dituntut segera.



Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Selagi tidak qada selagi itulah dosanya dikira. Syarat taubat daripada dosa ini ialah mengqadakan solat yang tertinggal.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.



Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.



Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).


Persoalannya bolehkah qada solat subuh? Sedangkan selepas subuh adalah waktu haram mendirikan solat. Mungkin ini menjadi asas kepada pandangan segelintir masyarakat yang menyangka tidak boleh melakukan sebarang solat selepas waktu subuh walaupun qada solat.



Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w daripada ‘Uqbah bin ‘Amir memberitahu yang bermaksud: Baginda Rasulullah telah menegah kami dari menunaikan solat dan mengkebumikan jenazah pada tiga waktu berikut: ketika terbit matahari sehingga naik tinggi, ketika matahari berada pada ufuk dan ketika terbenamnya matahari. (riwayat Muslim, jld:1, hlm:568, Abu Daud, jld:2, hlm:185,).



Namun, solat yang diharamkan selepas solat fajar ialah solat sunat, adapun solat fardu tidak ditegah dari melakukannya, ini kerana selagi mana matahari tidak terbit selagi itu waktu itu waktu solat subuh. (Nuh ‘Ali Salman, Qadha al-Ibadat, hlm: 260-261).



Para Fuqaha dari kalangan mazhab al-Syafieyyah, al-Malikiyyah dan al-Hanabilah mengharuskan qada solat pada waktu-waktu yang ditegah dalam hadis di atas dan waktu-waktu lain.



Dr. Wahbah al-Zuhailiy menukilkan pandangan para fuqaha dengan menyimpulkan dengan pandangan: “Harus mengqada solat fardu yang tertinggal pada bila-bila masa, sama ada waktu itu ditegah daripada melakukan ibadat ataupun pada waktu biasa, maksudnya qada solat boleh dilakukan bila-bila sahaja.” (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm: 144).



Justeru, dengan nas-nas daripada al-Quran serta hadis dan pandangan ulama yang muktabar jelas kepada kita bahawa qada ini boleh dilakukan pada bila-bila sahaja walaupun selepas subuh dan selepas asar.



Ini kerana wajib itu kekal wajib. Wajib dalam waktunya apabila tidak ditunaikan pada waktunya wajib itu tidak berubah tuntutannya ia tetap kekal wajib. Malahan orang yang tertinggal solat dengan alasan tertidur, terlupa wajib bersegera mengqadanya. Selagi mana tidak diqada selagi itulah hutang solatnya tertanggung atas bahunya.



Solat tidak boleh selesai dengan taubat sahaja. Taubat atas perbuatan alpa atau buat-buat alpa dan terlupa. Taubat dalam erti kata menyesal atas sikap acuh tak acuh, dan berjanji dengan Allah dan diri bahawa tidak akan mengulangi tabiat suka leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam memelihara solat.


niat : sama sahaja dengan solat wajib cuma tukar "adaan' kepada 'qadaan"

                                       semoga Allah menerima ibadah Kita semu.
                                                                       selamat beribadah^^





sumber : halaqah.net. ili aisyah.soal jawab

Tuesday 4 December 2012

Al falaq (Waktu subuh)

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang

Allah pelindung dari segala kejahatan

'Katakanlah : 'Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai waktu subuh.

Dari kejahatan mahlukNya

Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita

Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan

Dan dari kejahatan orang yang dengki'. (Surah al falaq, surah ke -113 : 5 ayat)


Secara ringkasnya
          Surah ini memerintahkan kepada orang-orang yang beriman untuk memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari segala kejahatan.


Thursday 22 November 2012

Hari Asyura




  Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari           yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim  meriwayatkan“Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”.
Jom Berpuasa :')

Thursday 27 September 2012

Harini lebih baik daripada semalam :)

Alhamdulillah harini agak baik dari semalam. hehe
seronok + sedih tu dua2 ada.
normal la tu kan kan kan. :)

Ape yang penting jangan putus2 berdoa. 
tapi korang ade terpikir tak kenapa korang dah banyak kali doa tapi still Allah tak mabulkan. HUrmm mayb salah dia kat sini kot 


  • Tak kerjakan suruhan Allah -  Kita wajib buat segala suruhanNya, dan tinggalkan laranganNya. Banyak lagi perkara larangan yang masih aku buat dan buat dan buat, nampak sangat aku ni tak takut dengan pencipta aku, astaghfirullah apelah nasib aku nanti...
  • Tak amalkan isi Quran - Fahami dan hayati maksud Quran yang selalu kita baca tu. Even aku pun belum berjinak-jinak dengan terjemahan ni, aku baca Quran tapi tak tahu maksud tersirat...sedihnya... 
  • Tak buat sunnah Rasul - Kita selalu pertahankan yang kita cinta & kasih pada Rasulullah, tapi kita abaikan amalan yang dituntut oleh baginda. Part ni, aku masih lagi dalam proses nak belajar dan selami, korang tolong tegur aku kalau aku ada buat salah silap...kalau boleh dari terbukaknya mata di pagi hari sampai nak tdo, aku nak buat ape yang beliau dah buat... 
  • Nak ikut jugak ajakan syaitan - Hidup ikut hawa nafsu, dengan gembira tanpa rasa bersalah ikut jalan yang sesat. Aku juga masih lemah...selalu terhasut dengan tipu daya syaitonirojim ni, kalau aku terbuat gak, korang tolonglah selamatkan aku yer... 
  • Bajet confirm masuk syurga - Walau beribu tahun pun kita diberi peluang untuk hidup, kita takkan berusaha untuk tingkatkan amalan kita dan tak bersedia langsung untuk mati. Aku cuba banyakkan amal jariah la mulai saat ni macam zikir ke, sedekah ke, senyuman ke

Apa pun jangan lah putus asa berdoa ye. Nak lebih baik solat sunat taubat and menyesal dan takkan ulangi dosa yang kita pernah buat tu. Hurmm haritu ade seorang kawan tanya kepada aku. kalau kita dah taubat kan betul ke dosa2 yang lepas Allah hapuskan? Apa yang dapat aku jawab. *bersangka baik lah pada Allah* Allah tu maha pengampun lagi maha penyayang. kalau kita taubat sebenar benar taubat pasti Allah ampunkan dosa kita  yang lepas insyaALLAH :)

Antara doa-doa



doa ni wajib utk semua pompuan kan termasuk aku . hehe



Firman Allah swt. Surah al-A’raaf ayat 55-56Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.

Thursday 19 July 2012

Sungguh Allah itu tuhan yang maha adil. Setelah sekian banyak langkah-langkah
 yang harus aku tempuhi, nikmat pasti terasa apabila mendapatkan hasilnya.
yang penting usaha jangan lupa!

ya Allah, tetapkanlah imanku,walau aku dalam keadaan senang atau susah

yezaa. mengadu pada Allah tu lebih afdal :)




Tuesday 12 June 2012

Teringat text yang diberi oleh sahabat berbunyi begini

Kelmarin...
memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita,
semalam...
adalalah teladan serta pengajarannya..dan utk menghadapi hari esok,jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pendoman dalam menerokai sebuah
penghidupan..


Allah did not promise that the way would be easay..but he did promise that he would be with you in every
single step of your life.. as long as you want him too..lets us put our trust n tawakal to Allah..
bittaufiq wannajah in every work that Allah bless..


terima kasih kawan menjadi pendegar setia aku.
aku x nak berdendam dgan sesape pun..kesedihan aku,aku harap hari demi hari insyaAllah semakin pulih..hee chill :)





Monday 11 June 2012

Wahai Hati -.-

yaAllah ,lepas satu satu dugaan kau beri pada aku.
yaAllah berilah petunjuk padaku
yaAllah kuatkan la hambamu ini yaAllah..
yaAllah ampuni kan segala dosa dosa ku di bumi ini yAALLAH..

YaAllah aku seorang perempuan yang lemah. kuatkan lah aku. bangkitkanlah aku
dalam belengu kemurungan. jauhilah aku dari seksa hati..

yaAllah aku tak mampu :(
bagi la aku petunjuk yaAllah.. bimbingla aku yaAllah.. tabahkan la hatiku yaAllah..

yaAllah aku hanya mampu beserah ..
yaAllah lembutkan lah hatiku dan juga dirinya..

yaAllah aku beharap segala kesabaran yg aku ada kau kuatkanlah
semoga hatiku tak lalai dari mengingati mu yaAllah..
yaAllah kau bantu la aku daris etiap kesulitan. bantu lah aku yaAllah

yaAllah kau tahu segala segalanya tentang diriku.. kau buatlah yang terbaik untuk diriku yaAllah.
kau berikan lah jalan penyelesaian yang terbaik untuk masa depanku..aku berserah.

yaAllah jika aku ditakdirkan mati esok. matikanlah aku dalam keadaan orang beriman


Astafiruallahalazim..
bersabarlah duhai hati ..







Thursday 7 June 2012

Luah

LUAHAN RASA
            LUAHAN HATI
                        LUAHAN TERASA
                                        LUAHAN CECUKUP RASA



*Haihh tak tahu nak luah apa-.- yaAllah bantu lah aku dalam setiap kesulitan .

Friday 1 June 2012

Yeahh

WOHAAA..
AKHIRNYA AKU DAH SIAP BUAT REPORT! heee idok ehh (kelentong)

Wootwoott
AKHIRNYA AKU DA START BUAT REPORT! haha ( thats true ^,^)

Okay, teruskan usaha nabilah! go go fighting! haittt * tangan atas kepala sambil menganguk*

see u then

yg benar, nabilah sally~


Wednesday 30 May 2012

Have a nice day

Assalamualaikum..

Title for today  HAVE A NICE DAY~

Hoho NICE la sangat..!! okay today,sebelum pukul 6 aku akan siapkan daily report and journal aku..
insyaAllah kalau sempat balik malam ni dari hantar kaklang dekat shah alam.. aku akan sambung buat final report! Sudah nabilah! bangkitlah kamu dari lena yang panjang~chewahh.. tinggal sebulan je lagi ni..
lepastu kena buat power point untuk presentation. nak kena cD bagai. haishhh.. FB aku cuba stop dulu..
aku x boleh nak deactve sebabnya nanti banyak info baru dari membe aku ketinggalan.. 


okay..

DAH!
SAMBUNG BUAT KERJA BALIK~

Wednesday 9 May 2012

love u mak :)


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
-surah An-Nahl- ayat ;78





Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini. 'Mak' ampunkanlah dosa-dosa anakmu…

iela sayang mak :)

'kasih ibu membawa ke syurga' 

mak,
Engkaulah ratu hati kami
Tanpamu kami x dapat lihat bulan,bintang dan matahari
semoga Allah merahmati dan memberkati usia dan segala usaha dalam menjalani kehidupan 
sebagai seorang hamba Allah, anak, isteri, and uci .
Hepy besday emak
May Allah bless u with all his love, care and luck and may u achieve everything u desire in life.
wishing u a sweet and hepy besday


Tuesday 8 May 2012

Doa ketika dukacita dan sedih. Ada dalam al-mathurat :)






"Ya Allah, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tolonglah kami agar kami mengerti, menerima, percaya, memaafkan & dimaafkan. Memberi & menerima, mencintai & dicintai serta berani menatap jauh ke depan untuk kehidupan yg lebih baik, lebih indah & membahagiakan."

jodoh --







agak2 sape lah jodohku nanti..

haishh bukan gatal x sabar nak kahwin tapi aku takut kot2  tersalah pilih

hurmm

tapi

jodoh pertemuan ajal maut suma ditangan tuhan kan?

so kita hanya mampu merancang Allah yg dah tetapkan yg terbaik utk kita..

nak dapat yg terbaik, diri sendiri kena la jadi baik dulu kan?

(^__^)


*kalau blh aku nak kahwin time umo 23thn.. hee~


Monday 7 May 2012

bercampur campur





tanpa phone ditangan aku rase macm

KOSONG

KOSONG

KOSONG


huhuhu..


*dah macam nyawa pulak*


        aku nampak die on9 n langsung x tegur aku.. =='

ape kes nih???? XPE . cek xkisah pun...

hang tegur la sape pun hang suka.. ikut suka hang la...

jaga hati diri sendiri lebih baik.. n yess aku suka kehidupan aku sekarang

ok,bye..

Sunday 6 May 2012

suara azan fitri haris (lirik)



suke lagu nie. nak buat kat blog.. tapi xde pulak..


Monday 30 April 2012

hargai diri. hAHA

01 mAy 2012
 






SELAMAT HARI PEKERJA NABILAH! 

   aha! buat pertama kalinya ku bekerja. selama ni  nak kerja ayah aku x bagi. nasib ade LI merase gak aku
hari pekerja ni time umuq muda gini.. ehe! wish utk dri sendri jek.. muahaha..
ohh da masuk bulan may kan.. errhh nak dekat tua da aku ni.. dah boleh kahwin dah nanti.. tetttt ------(jgn gatai nak pikr lg ade 2 org lagi sibling x kahwin lagi x kan nak langkah bendul kot?)) tapi kalau ade orang nak ape salahnye. AHA! slurrpp *sambil sedut cendol ditangan..

ok..


ok..



O


K



ASSALAMMUALAIKUM *_*


Tuesday 10 April 2012

always remember

Always remember that Allah s.w.t is 


ALWAYS THERE for us through  the go0d & bad time


He is always there by our side


sO never forget to PRAY & mAke DOA to him


Allah the AL-Mighty


For He hear us :)

Friday 30 March 2012

PELANGI





SELALU DENGAR ORANG CAKAP 
BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG
TAPI..
KALI NI
AKU NAK CAKAP...
BIAR MIMPI SAMPAI MENGAPAI PELANGI..
ORANG KATE PELANGI TU INDAH..
TETAPI..
BAGIKU IA ADALAH SERPIHAN DARI SENYUMAN KITA..
KAN?? (^__^)

BOLEH KE CAPAI PELANGI? MENGARUT JE :)

Saturday 17 March 2012

jaga lah auratmu




Aurat tak akan tertutup dengan sifat lemah lembut,
tak akan tertutup dengan perangai yang baik,
tak akan tertutup dengan kata-kata yang baik,
tapi akn tertutup dengan pakaian yang sempurna..

lawa dila lukis..

p/s : a reminder my self  first and foremost,insyaAllah..

Thursday 15 March 2012

ketiadaan Big Boss


bila boss tak ada masing2 keluarkan taring.. aku pun apa kurangnya^^
sebelum boss pergi umrah dia dah pesan kat aku suruh jaga office.. jaga2 staff  a.k.a budak2 praktikal n jaga hati customer..
kenapa aku dia suruh jadi leader? :( kan ade seorang laki tu.. suruh la dia..(dalam hati pulak berkata) aku baru je nak enjoy time dia tak ade ..hehe

mula-mula tu memang kekok nak jadi ketua kat situ... takut orang cakap perasan bagus..
tapi aku cuba buat yang terbaik.. kerja2 dah aku bahagi bahagikan.. 
tapi... kerja aku jugak yang tak siap2 lagi... hehe.. aku memang tak sesuai la jadi ketua=p

nak suruh aku buat akaun korang? call la no tu :p


bestnya kalau dapat jadi akauntan kan tapi boss ade cakap
kalau perempuan jadi akauntan alamatnya x kawen la kamu sebabnya bz memanjang.. kalau dah kawen nak layan suami pun susah (jauhnya pikir)boss pesan rancang dari sekarang..

aku pernah interview dia pasal beliau sebagai seorang akauntan.. dia cakap sabtu ahad pun dia kerja.. balik lewat malam.. uishh aku x nak la sampai macam tu sekali.. tapi dia sempat cakap setindak tindaknya stdy under akaun .. akaun banyak cabang.. kalau kamu suka buat audit boleh travel.. hee syoknye...mampu ke aku sampai tahap tu? hurm x pela dapat ke tak yang penting kena usaha,, kalau dah usaha still x dapat jugak tu bukan rezeki aku namenya..neway kawan2 doakan kejayaan aku nati ye ..

akaun makin lame makin payah -.-

orait.. got to go.. Assalammualaikum  

  (^__^)

Tuesday 13 March 2012

20 minutes to go before next working




Sunday 26 February 2012

cantik





MasyaAllah cantik Alquran ni :) macam rainbow dah..nak beli.. tapi kawan cakap ada jual dekat indon je.hurmm
 harap satu hari nanti aku dapat juga gengam al-quran ni.. aminn


INGAT PESANAN NI
Ketika wajah ini penat memikirkan dunia, maka berwudhulah. Ketika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka bertakbirlah. Ketika pundak tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah. Ikhlaskan semuanya dan mendekatlah padaNYA. Agar tunduk disaat yang lain angkuh. Agar teguh disaat yang lain runtuh. Agar tegar disaat yang lain terlempar.

Saturday 25 February 2012

Fadhilat surah ALFatihah

ALFATIHAH~

 kalau anda tak dapat hafal surah alfatihah ni jugak. cuba tanya diri sendiri. islam ke kita??

Okay. Ini Adalah surah pertama daripada 114 surah yang terdapat dalam kitabullah,iaitu kitab suci Al-Quran ul-karim. Ia terdiri daripada 7 ayat yang diturunkan di Mekkah,digelarkan juga Ummul-Quran atau ibu Al-Quran.
Nama lain. disebut Ummmu-kitab iaitu kitab suci.

 terus kepada fadhilat ape yg kita dapat okay =)


  1. PENERANG HATI
    -macam mana nak terangkan hati kita supaya mudah dapat ilmu?
     Amalkan  membaca surah ini sebanyak 70 kali dalam keadaan berwudhuk dan pada setiap kali selesai hendaklah ditiup ke air minum. minum lah air tu 7 hari berturut turut. insyaAllah hati menjadi terang dan mudahlah mendapat ilmu.


  2. DIMURAHKAN REZEKI
    Amalkan membaca surah ni sebanyak 20 kali pada setiap selesai solat fardhu. insyaAllah dikurniakn kemudahan rezeki, kenaikan pangkat atau darjat yang baik di mata masyarakat dan bertambah mutu ahlak.


  3. DIHINDARI KESULITAN
    amalkan membaca sebanyak 40 kali semasa makan sahur. insyaAllah dihindarkan segala kesulitan yg lalu dan dibukakan pintu rezeki ^_^


  4. MEMOHON HAJAT
    Amalkan membaca sebanyak 41 kali selepas solat maghrib dan solat sunatnya. untuk memohon hajat yang baik..


  5. MENYEMBUH PENYAKIT
    Amalkan membaca surah ini sebanyak 41 kali juga ketika mengubati sakit gigi,sakit perut,sakit mata dan sebagainya


  6. SELAMAT DARPADA BENCANA& GANGGUAN
    Sebelum tidur baca lah surah ini diikuti surah Al Ikhlas dan surah AlFalaq juga surah Al Nas. 


  7. MENGUBATI SAKIT MATA
    Baca sebanyak 40 kali pada sebelum subuh dan solat fardhu subuh. Sapukan dengan liur ke bahagian yang sakit,sebelum membaca surah tersebut.


    Ni je yang dapat saya coretkan nak lebih info beli la buku '30 surah pilihan
    susunan :HAJI MOHD SABRI IBRAHIM
SELAMAT BERIBADAH (^_^) Assalammualaikum.~

Wednesday 22 February 2012

BAikKAH KITA?


kita mahu menjadi baik tetapi dimana kesungguhan kita  untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.
Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. :)