Wednesday 22 February 2012

BAikKAH KITA?


kita mahu menjadi baik tetapi dimana kesungguhan kita  untuk menjadi baik itu?
Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?
Baik itu bagaimana sebenarnya?
Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.
Bagaimana pula boleh separuh?
Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.
Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?
Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com dan sebagainya.
Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Semanis Kurma, al-Kuliyyah dan sebagainya.
Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.
Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.
Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.
Bukankah itu adalah potensi?
Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.
Anda tidak perasankah selama ini?
Potensi untuk menjadi baik.
Maka jangan kita memandang orang itu dengan pandangan negatif.
Cukup baikkah kita untuk menilai dan menghukum seseorang?
Anda sentiasa mahu menghukum dan mengkritik, tetapi anda pernahkah mendoakan orang-orang yang dikritik itu menjadi baik?
Justeru, keluarkan potensi yang ada itu. Jangan biarkan ia statik tanpa dialirkan. Kita boleh menjadi lebih baik jika membina potensi baik itu dengan semaksima mungkin.
Jika mahu jadi baik, lakukan dengan kesungguhan. Jangan takut untuk menjadi baik. Cerahkan pemikiran anda bahawa baik itu disukai Allah S.W.T, kita suka jika Allah S.W.T suka bukan?
Jangan sia-siakan petunjuk yang Allah S.W.T beri. Takut nanti Allah S.W.T tidak memberi lagi.
Jika berlaku begitu, bukankah kita yang rugi?
Mari kita sama-sama menjadi baik yang sepenuhnya. :)

No comments:

Post a Comment