Tuesday 26 March 2013

kepentingan ilmu




Ilmu tanpa amal tak berguna.
Ilmu tanpa amal adalah sia sia.
disertakan ikhlas kerana Allah.
dengan adanya takwa dengan melakukan perintahNya & meningalkan larangaNya
sama ada nyata atau tersembunyi
wajib kita amalkan ilmu yang dipelajari.
sebelum beri nasihat pada orang  pastikan kita buat dulu benda tu..
kita kena tahu hala tuju hidup kita ini ke arah agama.
Nawaitu menuntut ilmu kena betul (niat kerana Allah, kerana agama)
selamatkan diri dengan banyakkan solat sunat,zikir,istighfar
pastikan setiap hari kita zikir,istighfar,selawat sebanyak 100x. kalau lebih lagi baik.

Dari mana kita datang. apa tugas kita duduk dekat bumi ini?
kemana kita akan kembali hidup didunia umpama belayar di lautan
singgah di sebuah pulau, jangan tertipu dan terpedaya.
carilah bekalan sebanyak bayaknya.
tersedar duduk di pulau untuk mencari bekalan.
jika kita menaiki kapal dengan bekalan ilmu yang banyak. maka beruntunglah kita.
jika lama maka banyak la ilmu.. jika tidak rugilah kita

Dari mana kita dapat ilmu?
sudah tentu dari guru.
keberkatan ilmu datangnya dari guru .
Maka hormatilah guru. muliakan mereka.

Ilmu mengelokkan amal ibadah. Jaga solat 5 waktu. mintak doa pada Allah
banyak mana ilmu mana kita dapat if tak jaga ibadat tak berzikir pada Allah
Allah tak berkat juga.
Ilmu mengubah akhlak. menjauhi diri dari sifat sombong
Ilmu mengingatkan kita pada hari akhirat.
menghasilkan diri takwa kepada Allah

Wahai diri. jangan samakan diri dengan orang tidak beriman.
Allah jadikan syaitan dari api.
Manusia pula dari tanah.
carilah kawan yang beriman. agar diri tidak lalai dari mengingatiNya

Allah memuliakan nabi adam kerana apa?
kerana baginda mempunyai ilmu..
Allah memilih manusia menjadi khalifah. Kenapa??
klik sini : http://ctu101.blogspot.com/2008/04/manusia-sebagai-khalifah-allah-di-muka.html

Ilmu makanan akal. Zikir makanan hati.

waallahu a'lam :')

Saturday 23 March 2013

Allah is my strength


Ya Allah lembutkan lah hati kami
untuk terus mengingatimu..
dengan mengingatimu hatiku lebih tenang.. 
terasa lebih bahagia. 
Ada orang bertanya pada aku.. wahh bahagia eh you?
mesti ada *orang sayang* kan?
heh  ingat ada *org sayang*je  boleh tenang ke? 
tanya lah diri..
bahagia lagi dengan adanya Allah sisi..
taknak percaya? 
dari sekarang cuba
dekatkan diri pada Allah..
letak Allah pada nombor satu dalam hati kita
percayalah Allah  la yg mampu memberi  kekuatan pada kita selama ni.
semoga Allah sentiasa menjaga hati hati kita ke jalan yg lebih diredhai..
rajin kan diri baca Al quran, banyakkan zikirullah.
itu lah kekuatan & kebahagiaan sebenar yg perlu kita miliki.






Monday 4 March 2013

Pengalaman.


Pengalaman 1.
 Larian Amal.
dah lama aku tak masuk lari lari ni.
dulu sekolah menengah merentas desa  tiap tiap tahun  dapat jugak
nombor. kecuali form 3 kesihatan tak mengiizinkan aku tak masuk larian.
02.03.2013 
dekat poli aku ada buat larian amal. lari sambil beramal.. 
semangat nak lari tu terkobar kobar. tiba hari pelarian aku dengan sekuat tenaga
lari tanpa henti. huhu. (saja test power. kihkih)
esoknya.. haa hamek lenguh satu badan. angin bagai masuk. huhu.
btw, seronok sangat dapat masuk kampung dekat kulim ni. 
teringat dekat kampung jahang,perak.
heh heh dah tu je nak cerita ~_^



gambar hiasan

pengalaman 2
Percaya atau tak. kena percaya jugak yang aku main paintball.. hik (kecoh)
gambar atas tu. gambar aku la..hehe~
firstime main dapat nombor dua wuu..
nama group aku Flora & Fauna. uuu~
sakit jugak kena pallet. lebam jugak la tangan ni.. tapi tak sampai masuk hospital pun.
 (^_^)


cema, me & umairah
  ni kumpulan aku.. 
nama kumpulan kami flora fauna tapi si umai (firefly)
terpaksa masuk group lain.. disebabkan ada perjumpaan wataniah dia..
so digantikan dengan nuriyah.

best~ harap dapat main paintball ni lagi.. 
yeah sayang poli kitew~






Wednesday 27 February 2013

Pesanan buat DIriku


-Dengan nama Allah yang Maha pegasih lagi Maha penyayang-


                 




Alhamdulillah hajat nak beli tafsir dah  tercapai. 
(^_^)
dengan lafaz bismillah. Ya Allah bantulah hambamu ini terus mencari keredhaanMu
bantulah hambamu ini terus menjadi yang solehah
menjadi hambamu yang terus mencari cintamu
berusaha menjadi anak yang solehah
adik yang baik.
menjadi kawan yang terbaik 
menjaga setiap batas pergaulanku
menjaga adab. aurat diriku..
bantulah aku tidak lemah dengan setiap ujianmu di dunia ini
jadikanlah aku hambamu yang terus berusaha
Berusaha
mencari kebahagian yang hakiki
yang akan hidup kekal selamanya di akhirat nanti.
Aminn.





Tuesday 26 February 2013

-save palestine-




teruja dapat beli baju macam ni..
ingatkan kat poli ni takde jual.. hihi
ok! tak baik buruk sangka dekat poli sendiri..
ahli prs buat jualan sambil menderma.. aku and the geng pun beli..

tadaa~



herk~ kedut kedut. 
almaklumlah tak basuh lagi..
memandangkan lengan pendek.. tak boleh la pakai dekat luar.
pakai dalam bilik cukup..

btw,
kita sebagai umat islam jangan lupa doakan sekali saudara saudara kita di bumi palestin..
tak dapat nak buat kebajikan.. mendoakan pun dah memadai jugak kan.. 
yang penting buat sesuatu tu biar ikhlas okay!

 Assalammualaikum~



Friday 15 February 2013

Classmate


keluar ramai2 dengan bebudak class. 

destinasi ?

Sogo 

Bukit Jalil, Kedai Makan ana (makan free ^^)

Midvelly

MPH

Bandar Tasik Selatan 

Putrajaya








HANYA SEKADAR GAMBAR~.

dapat jugak buku ni :)







Hari bahagia Sahabatku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Al-kisah seorang sahabat aku  bekawan dari tadika, sekolah rendah until menengah sudah pun mendirikan rumah tangga. Ingat lagi aku dengan dia semua benda buat bersama. Mandi,tidur,belajar, pergi sekolah sama2,bergaduh tarik2 tudung (hehe),kawan bermain,kawn tempat luahkan perasaan haa  banyak terkata lah. Family dia dengan family aku lagipun kamcing. n dia pun panggil parents aku dengan gelaran 'mak ayah.'
Dia ni jugalah yang pernah ajar aku naik motor dan aku ni jugak la yang buat dia jatuh motor sampai dia kena hantar  hospital sg buloh. -.- aku yg tak berapa teruk join naik ambulans pergi hospital. Actually dia pun tak teruk jugak. tapi dia pengsan after tengok darah dia sendiri.. hahaha *opss tergelak besar pulak. hehe. bila ingat balik kelakar la pulak :) lepas dari jatuh motor tu memang tak la aku nak naik motor  lagi.

Seminggu sebelum dia nak nikah aku excited gila nak jumpa dia. yela lepas SPM kami memang jarang dapat jumpa.tambah pulak aku ni dah pindah dekat tasek puteri. Hurm balik dari poli 7 februari aku terus menuju rumah dia dekat batu arang. Cadangan aku nak tidur rumah dia 8 Februari tapi memandangkan family aku tiada di rumah so aku pun berkampung la dekat rumah dia malam jumaat tu. Nasib ada si Aimi K cuti datang ambil aku memalam tu. tq:)


 cik Aimi Karim

8 Februari sebelum nikah aku tolong la apa yang patut. herm (tolong makan) hikhik. sambil tu kacau2 budak2 yang lalu lalang dekat situ. haih geram aku tengok bebudak. rasa nak gomol2 je dorang2 tu. huhu. ikutkan badan memang penat + mengantuk.bayangkan balik dari class terus naik bus yang makan mase 7 jam tu. dalam bus tak dapat tidur. sampai rumah mira tidur pukul 2 pagi. seronok punya pasal. and then esoknya lepas subuh tak tidur2 actually aku mengantuk gila plus lenguh2 badan. tapi pura pura kuat. huhu. yela bukan selalu dapat tolong kawan aku ni kan. kerana dia aku sanggup ecewah..

ni salah seorang budak yg dapat aku tangkap yg dok situ. hihi.

ish3 anak sape ni.

pemilik selendang  di atas. Dikno :)  (adik mira)

okay. lepas solat jumaat Ku Nor Umira bt Ku Azhar dengan sekali lafaz sah jadi isteri orang. sob sob..
(aku pulak yg macam tak percaya. ish3) dah bergelar puan so tak boleh la nak join dengan kami2 yang 'cik' lagi ni kan. hehe.. wuhuu syok uh kahwin muda. aku bila lagi .ulang 2X . haha. Dia di jodohkan dengan seorang guru agama yang dikenali dalam train. Haha. macam filem hindustan pertemuan mereka*jodoh jodoh 

alhamdulillah

Akad nikah yang bertempat di Masjid Jamek Bt Arang

Kawan kawan yang datang :

Me,Aimi K, Aimi Z n Zalinur

ada lagi yang datang tapi gambar tak ada kat aku pulak. hihi

9 februari walimah mira. *ambik berkat dlm bilik pengantin. hakhak

Geng bus sekolah. Haha
munirah & fazlin ( lepas ni dorang pulak yang nak kahwin. #eh) :P
kawan2 yang jauh susah dapat jumpa ni. huhu
with kaknyah

sahabat yg kini tinggalkan aku di perak. tunggu turn aku pulak ye kesane :) *gambar blur

 Aimi Zainuddn :)


: Doaku buatmu sahabat. Semoga kebahagian rumah tangga kamu kekal hingga ke syurga. :

ketemui lagi sahabat2 ku. 

MAASALAMAH





Saturday 26 January 2013



 definasi cinta iaitu cinta adalah sesuatu yang ingin bersama kesyurga,
 manakala apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya 
    

ya Allah jodohkan lah aku dari kalangan orang beriman yang dapat membimbing
 aku ke arah syurgamu. aminn



Sunday 20 January 2013

ketiadaan Class

 Nak di ikutkan empat hari aku cuti. masuk harini (isnin) class akaun dibatalkan.. wohaa.
*senyum lebar* tapi agak terkilan jugak sebabnya ruginya alahai tak balik minggu ni. huhu..
hurm hurm tak apelah sahabat baik dekat sini pun tak balik jugak. so, tak ade la rasa sunyi (:

Masin jugak mulut aku ni. sebabnya semalam aku cakap dengan umai (myroomate) barangkali class esok cancel. hihi. tengok2 dapat mesej pagi ni. memang betul la. class  akaun dibatalkan..

okay. apa aktiviti? tido... zZzzz ( ni yang best) 
tapi..
rasa macam buang mase pun ade jugak..
so, aku CUBA nak tahan tido 
nak baca buku 'wadah cinta solehah.' 
semalam hati aku tak tenteram. sebab? over thinking sangat! pikir itu pikir ini. pikir akaun tak imbang. haihh
.. parah~ so.. harini . nak tanamkan azam baru.. *kenyit mata*
Apa dia? Biarlah Allah je yang tahu. (^_^)
tanamkan azam baru ni kuat-kuat! chaiyok2 nabilah. anda boleh! insyaAllah 

Alhamdulillah dekat sini ada kawan-kawan yang sentiasa disisi. time aku senang. time aku uhuk uhuk (nangis) dorang sentiasa ada. thanks sahabat. biasalah aku dalam zon mood merah sekarang ni.
kena banyakkan istighfar . orait~

sambil dengar lagu najwa latif -"sahabat" aku uplod gambar ni. hehe *sobs









hehe, saje je buat terbalik. tengkiu korang kerana menceriakan hidup aku disini. *peace


semoga kita semua jadi sahabat sampai ke syurga, insyaAllah


pergilah segala kesedihan. fuh.. fuh...fuh~