Thursday, 27 September 2012

Harini lebih baik daripada semalam :)

Alhamdulillah harini agak baik dari semalam. hehe
seronok + sedih tu dua2 ada.
normal la tu kan kan kan. :)

Ape yang penting jangan putus2 berdoa. 
tapi korang ade terpikir tak kenapa korang dah banyak kali doa tapi still Allah tak mabulkan. HUrmm mayb salah dia kat sini kot 


  • Tak kerjakan suruhan Allah -  Kita wajib buat segala suruhanNya, dan tinggalkan laranganNya. Banyak lagi perkara larangan yang masih aku buat dan buat dan buat, nampak sangat aku ni tak takut dengan pencipta aku, astaghfirullah apelah nasib aku nanti...
  • Tak amalkan isi Quran - Fahami dan hayati maksud Quran yang selalu kita baca tu. Even aku pun belum berjinak-jinak dengan terjemahan ni, aku baca Quran tapi tak tahu maksud tersirat...sedihnya... 
  • Tak buat sunnah Rasul - Kita selalu pertahankan yang kita cinta & kasih pada Rasulullah, tapi kita abaikan amalan yang dituntut oleh baginda. Part ni, aku masih lagi dalam proses nak belajar dan selami, korang tolong tegur aku kalau aku ada buat salah silap...kalau boleh dari terbukaknya mata di pagi hari sampai nak tdo, aku nak buat ape yang beliau dah buat... 
  • Nak ikut jugak ajakan syaitan - Hidup ikut hawa nafsu, dengan gembira tanpa rasa bersalah ikut jalan yang sesat. Aku juga masih lemah...selalu terhasut dengan tipu daya syaitonirojim ni, kalau aku terbuat gak, korang tolonglah selamatkan aku yer... 
  • Bajet confirm masuk syurga - Walau beribu tahun pun kita diberi peluang untuk hidup, kita takkan berusaha untuk tingkatkan amalan kita dan tak bersedia langsung untuk mati. Aku cuba banyakkan amal jariah la mulai saat ni macam zikir ke, sedekah ke, senyuman ke

Apa pun jangan lah putus asa berdoa ye. Nak lebih baik solat sunat taubat and menyesal dan takkan ulangi dosa yang kita pernah buat tu. Hurmm haritu ade seorang kawan tanya kepada aku. kalau kita dah taubat kan betul ke dosa2 yang lepas Allah hapuskan? Apa yang dapat aku jawab. *bersangka baik lah pada Allah* Allah tu maha pengampun lagi maha penyayang. kalau kita taubat sebenar benar taubat pasti Allah ampunkan dosa kita  yang lepas insyaALLAH :)

Antara doa-doa



doa ni wajib utk semua pompuan kan termasuk aku . hehe



Firman Allah swt. Surah al-A’raaf ayat 55-56Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik.